Powered by Blogger.

Followers

RSS

Ain .... sebulan lagi setahun

Assalamualaikum...


Lamanya x entry (xde mende nk cite... malas pun ya gak!)

Diam x diam dah 11 bulan Ain dilahirkan, sebulan lagi genap la setahun.  Dah berlari pun...
Hai, cepatla besar Ain... x sabo rasanya nak tunggu Ain beso. Semoga jadi anak yang solehah. Amin.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dugaan...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberi kita kesempatan untuk bertemu kembali. Kebelakangan ini... mcm2 perkara terjadi yg membuatkan aku insaf sgt. Sebelum ini, ada gak insaf tp tu la selagi bergelar manusia, insaf tu sekejap je.

Manusia nie memang tidak lepas daripada ujian... cuma cara je yang berbeza.
Ada yang kaya tapi tak bertemu jodoh, bila dah ada jodoh, jodoh pulak tak panjang. Jodoh panjang, anak pulak takde. Anak ada tp bila besau, melingkupkan harta benda mak bapak. Ada plak tu, anak ikut kata mak bapak tp bila dah kawin, ikut ckp isteri... lupa mak bapak.
Yang miskin plak, anak ramai... ada yang jadi orang, ada yang jadi jembalang.
Ada yang anak sorang je tp Alhamdulillah jadi orang, ada yang anak ramai tp sorang pun tak jadik orang.
Ada yang ada anak tp sume lelaki, ada yang sume pompuan. Ada anak lelaki sorang yang lain pompuan tapi umur tak panjang... anak lelaki yang sorang tu la yang dijemput Allah terlebih dahulu. 
Ada yang anak ramai tp kalau dah tertulis cam gitu, sekali pergi mengadap Tuhan semua sekali.
Ada anak tapi tidak sempurna, cacat.
Yang membujang smpi tua pun ade, duit banyak tp bila dah tua... sorang2, sunyi.
Ada lak tu, dah elok2 ada biznes, lingkup lak tu... dah utang menimbun, pinggang pun tak ckup nak keliling. 
Ada yang kaya bertambah kaya tp tak ingat nak tolong orang miskin... tu pun dugaan gak.

Sume tu, buat aku insaf..... tak sume yang kita nak, kita akan dapat. Mungkin Allah ganti dgn yang lain.. kerana hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.
Saat2 camni, tiba2 je teringat kat bapak aku ngan arwah mak aku dulu yang bersusah-payah nak besarkan kitorang 7 beradik. 

Moral of the story, hargai la apa yang kita ada. 
Tak ade harta pun tak ape tapi masih ada anak2... itu la harta yang paling berharga. 
Tak kaya pun tak ape, mungkin bila kita kaya akan buat kita lupa daratan.
Tak ade anak pun tak ape, mungkin anak tu buat kita derita kemudian hari.
Tak cantik pun tak ape, mungkin dengan kecantikan tu akan buat kita angkuh, sombong, bongkak dan buat benda yang tak elok.
Tak cerdik, tak pandai pun tak ape, mungkin dengan kecerdikan tu akan buat seseorang tu jadi riak.

Yang penting, kita harus sentiasa berfikiran positif. Setiap apa jua dugaan, cabaran dan ujian yang Allah kurniakan ke atas kita, pasti ada hikmah di sebaliknya.
Sesungguhnya hanya Dia saja lah yang lebih mengetahui.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melly & PMR...

Assalamualaikum....

Syukur Alhamdulillah... (walaupun keputusan dah lama kuar).
Walaupun Melly tak dpt 8A tpi aku tetap bersyukur dengan keputusan 7A 1B.
Aku mmg cukup risau sbb masa trial dulu, Melly cuma dpt 4A je.
Apa2 pun tahniah. Semoga ianya akan menjadi dorongan dan semangat untuk anak2 aku yang lain.

Terima kasih kepada sume para pendidik amnya dan guru2 MRSM Batu Pahat khasnya yang telah bertungkus-lumus mendidik pelajar2 mereka di dalam mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Semoga Melly terus cemerlang di dalam pelajaran dan juga kehidupan.
Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus lagi....

Assalamualaikum...

Abis je PINTAR ngan RINTAS, ada kursus lagi.  Kali nie kat Hotel Grand Continental, KL pada 3 - 5 Dis 2010 (Jumaat - Ahad). Sian kat anak2, kena tinggal... nasib baik kakak2 dia ada, bole le harap.

Kursus nie khas untuk PA2 je.. time nie la sume dpt berkumpul, bersantai2... saling kenal-mengenali sbb masing2 kan penempatan lain2; jarang jumpa.

ngan sume PA2 UTeM

Serius je muka masing2.

ntah ape yg dibincangkan... cam ye2 je



Kumpulan UMMPPHH! yang sporting belaka esp. Cik Nana kita
bersama penceramah : Prof Madya Hj Wan Zulkilfi Wan Yusof


siap tutup2 mata lagi tuh...

Part yang paling best masa belajar Emotional Freedom Technique - 'tapping'... rasa mcm dpt semangat baru je ...  hilang sume negative feelings yg ada dlm diri.

Apa2 pun diharapkan agar sume PA terus bersatu dan saling bekerjasama di antara satu sama lain.

Da....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RINTAS

Assalamualaikum...

Lamanya x update blog.  Maklum la sibuk (alasan...)

X kira la cite lama ke cite baru ke tapi nak cite gak pasal gi Bengkel Penulisan Rintas (Tulisan Ringkas) kat Mahkota Hotel, Melaka... Tarikh : 23 & 24 Nov 2010.

Adapun sebab2 utama nk pegi selain daripada mata CPD (tu yg penting sebenarnya) adalah x lain dan x bukan sbb nak belajar benda baru.  Sambil menyelam minum air la katakan... Ye le, selama nie cuma dengar je org sebut rintas .... tpi x tau pun menatang ape tu. Tu yang teruja sangat nak pegi.

Diringkaskan cite, rintas adalah tulisan yang diringkaskan.
Contoh : lambat   -> lmbt
                amanah -> amnh
                pengsan -> pGsn
                minyak  -> mYk
                fesyen    -> fS
                alangkah  -> alGK
                internet   -> Nnet

Seronok punya pasal, dah nak tengah hari baru la sedar rupanya 2 orang penceramah tu lecturer aku masa belajar dulu... patutla muka diorang nie familiar je. Mana la nk ingat, dah 18 thn x jumpa.

Ni la lecturer yg aku cite kan tu...
Pn Rohana Awang dan Pn Siti Khalijah Majid.

Bersama para peserta bengkel.

Sampai jumpa lagi...
ta ta ti ti tu tu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tua dah....

Assalamualaikum....

30 Nov baru nie, genap la usia aku 38 thn (ye ker? cam x caye je... bkn sbb perasan muda tp ank2 masih kecik lg - Ain pun baru 6 bln lebih). Kdg2 terpikir gak, ye le kang umur 50, ain baru drjh 6 - sek menengah pun dak lg. Tp aku percaya setiap sesuatu kejadian tu pasti ada hikmahnya yg kita x tau/ nmpk skrng. Mungkin masa tu, tinggal ain sorang je yg temankan aku kat umah... yg lain tu dah besar2, ntah kat mana pun x tau.

Celebrate kat mane? xde celebrate pun, tua dah. Cuma mkn kat luar je ngan family.
Birthday wish? xde yg special, sbb hari2 wish semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yg baik, diberikan rezeki dan dilindungi olehNya sentiasa. Amin.

Ape pun, aku bersyukur dgn setiap pemberianNya. Walau x kaya, tp rezeki tu ttp ada utk anak2. Klu kita rasa kita susah, ada ramai lg yg susah - klu kira rasa kita senang, ada ramai lg yg senang.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dlm kenangan. Al-Fatihah ...

Assalamualaikum...

Balik dari Kursus PINTAR je, pada 15 Nov 2010 jam 11.30 pg, aku dpt panggilan tepon dari adik aku, dia kata Zul accident - patah kaki. Aku relax je masa tu sbb biasanya klu patah kaki xde ape2 (adik aku dah 2 kali accident patah kaki, Alhamdulillah sihat smpai skrng).  Tp dah rasa x sedap hati masa tu, dah la parents dia g haji, adik2 sume pompuan lak tu, dia anak sulung.  Aku mmg dah berkira2 nk ambik cuti ari jumaat sbb bole lama skit kat kg nanti.

Jam 1.00 ptg, adik aku tepon lg, dia kata Zul dah xde.  Aku x terkata apa.  Innalillah... Mcm x percaya.  Aku terus teringatkan parents dia, adik2 dia... Allah je yg tau perasaan aku masa tu.  Ya Allah, sesungguhnya aku akur bhw setiap yg bernyawa pasti akn kembali kepadaMu. 

Allahyarham Mohamad Zulhilmi bin Ibrahim
(06/05/1988 ~ 15/11/2010)


Arwah mmg merupakan seorang anak yg baik... johan tilawah Al-Quran dr sekolah rendah smpai le wakil Johor pada peringkat kebangsaan tahun nie.  

Membesar pun dpn mata aku sbb rumah kitorang dulu sebelah2 je... cuma bila dah besar, jarang jumpa sbb dia dok asrama dari form 1 smpai le akhir hayatnya.  Teringat masa dia kecik2 dulu, aku le yg slalu dukung dia. Tp Allah lebih sayangkan dia... Kita yg masih hidup nie, x tau apa yg akan terjadi nnt.  Bila? Di mana? Macam mana? Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Skrg dah 2 minggu dia pergi tp rasa mcm x caya lagi yg dia dah xde.  Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman.  Al-Fatihah.

p/s : Utk keluarga arwah (bibik, Abg Jat, Qilah, Uda, Hanis & Faqiha), Takziah drp kami sekeluarga. Semoga tabah menghadapi cabaran dan dugaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS