Powered by Blogger.

Followers

RSS

Ain .... sebulan lagi setahun

Assalamualaikum...


Lamanya x entry (xde mende nk cite... malas pun ya gak!)

Diam x diam dah 11 bulan Ain dilahirkan, sebulan lagi genap la setahun.  Dah berlari pun...
Hai, cepatla besar Ain... x sabo rasanya nak tunggu Ain beso. Semoga jadi anak yang solehah. Amin.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dugaan...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberi kita kesempatan untuk bertemu kembali. Kebelakangan ini... mcm2 perkara terjadi yg membuatkan aku insaf sgt. Sebelum ini, ada gak insaf tp tu la selagi bergelar manusia, insaf tu sekejap je.

Manusia nie memang tidak lepas daripada ujian... cuma cara je yang berbeza.
Ada yang kaya tapi tak bertemu jodoh, bila dah ada jodoh, jodoh pulak tak panjang. Jodoh panjang, anak pulak takde. Anak ada tp bila besau, melingkupkan harta benda mak bapak. Ada plak tu, anak ikut kata mak bapak tp bila dah kawin, ikut ckp isteri... lupa mak bapak.
Yang miskin plak, anak ramai... ada yang jadi orang, ada yang jadi jembalang.
Ada yang anak sorang je tp Alhamdulillah jadi orang, ada yang anak ramai tp sorang pun tak jadik orang.
Ada yang ada anak tp sume lelaki, ada yang sume pompuan. Ada anak lelaki sorang yang lain pompuan tapi umur tak panjang... anak lelaki yang sorang tu la yang dijemput Allah terlebih dahulu. 
Ada yang anak ramai tp kalau dah tertulis cam gitu, sekali pergi mengadap Tuhan semua sekali.
Ada anak tapi tidak sempurna, cacat.
Yang membujang smpi tua pun ade, duit banyak tp bila dah tua... sorang2, sunyi.
Ada lak tu, dah elok2 ada biznes, lingkup lak tu... dah utang menimbun, pinggang pun tak ckup nak keliling. 
Ada yang kaya bertambah kaya tp tak ingat nak tolong orang miskin... tu pun dugaan gak.

Sume tu, buat aku insaf..... tak sume yang kita nak, kita akan dapat. Mungkin Allah ganti dgn yang lain.. kerana hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.
Saat2 camni, tiba2 je teringat kat bapak aku ngan arwah mak aku dulu yang bersusah-payah nak besarkan kitorang 7 beradik. 

Moral of the story, hargai la apa yang kita ada. 
Tak ade harta pun tak ape tapi masih ada anak2... itu la harta yang paling berharga. 
Tak kaya pun tak ape, mungkin bila kita kaya akan buat kita lupa daratan.
Tak ade anak pun tak ape, mungkin anak tu buat kita derita kemudian hari.
Tak cantik pun tak ape, mungkin dengan kecantikan tu akan buat kita angkuh, sombong, bongkak dan buat benda yang tak elok.
Tak cerdik, tak pandai pun tak ape, mungkin dengan kecerdikan tu akan buat seseorang tu jadi riak.

Yang penting, kita harus sentiasa berfikiran positif. Setiap apa jua dugaan, cabaran dan ujian yang Allah kurniakan ke atas kita, pasti ada hikmah di sebaliknya.
Sesungguhnya hanya Dia saja lah yang lebih mengetahui.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS