Powered by Blogger.

Followers

RSS

PINTAR

Assalamualaikum...


Fuhh... minggu nie sume sibuk cite pasal PINTAR. (nie patutnye dah lama entry tp bz, byk sgt halangan yg x dpt dielakkan).
Pada 12 - 14 Nov 2010, kitorang (staf Pej Pendaftar jerk) pegi Program Integrasi Insan Terbilang (PINTAR) kat Permaisuri Resort, PD. 

  
Nie la antara pengalaman yg x dpt dilupakan - buat rakit, pastu naik ramai2 kat pantai n pusing balik.  Mula2 tu takut gak, tapi bila dah duduk kat atas tu je, seronok giler.


Tapi yg paling sedih bile Ustaz Long cite pasal bangsa Melayu kita nie.... dadah, anak luar nikah, buang bayi, rempit n mcm2 lgi.  Ape la nak jadik ngan bangsa kita nie.  Ya Allah, Kau lindungilah anak2 ku dan umat Islam di muka bumi ini.... Amin..

Pastu cite lak pasal nasib rakyat Palestin.  Insaf sgt (jap je??).  Ye le, selama ini cuma tgk kat kaca tv ngan baca kat surat kabau je.  Kita kat Malaysia nie, hidup aman damai, tp diorang kat sana tu ... sengsara.  Kalau la aku punya kelebihan (masa, wang, harta benda, kesihatan), teringin sgt nk g sana.  Semoga penderitaan diorang akan cepat berakhir...
 
Muka2 letih tp smpt gak berposing ...
(Mdm Lala : Thx for the photos ... luv u lah)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Graduasi

Assalamualaikum....


30 Oktober 2010, Maktab menjayakan satu majlis graduasi untuk pelajar2
PMR dan SPM.  Aik PMR pun ada graduasi??? Pelik gak.. maklum le yg aku tau
klu dah abis U jek yg ada graduasi, nie PMR pun ade gak.  Hmmm... paling x pun, masa tadika.
Aku ingatkan majlis biasa je, rupanya siap pakai jubah lg tu,
peh... sebijik macam Majlis Konvo U la pulak...
Hmmmmm.... Result camne?  (TUNGGUUUUUU.....)



 Ari tu, Adam betul2 wat perangai.  Ape x nyer, turun kereta je baju dah basah lencun,
(masa tu lepas ujan, jadi byk le lecak) terpaksa le salinkan baju dia.  Smpi je kat luar dewan, lari sana lari sini, masuk dlm air (lagik!!!) sabau je le... (control cool).  Klu kat umah tu, harus dah kena dak Adam nie. 

P/S : Najwa xde sbb dia ade Kem Motivasi kat sekolah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam Botak ...

Assalamualaikum ...
Salam 1Malaysia



Ini la Adam (lahir tanggal 7 Nov 2008).  Masa kuar, dah la putih melepak, dahi jendul, mata sepet lak tu... dah mcm kenan anak cina.  Nak kata tertukau x mungkin sbb dia sorang jek yg lahir time tu. 


Tu... cuba tgk mata ngan dahi dia yg berkilat tu.  Adam nie yg ke-4.  Syukur Alhamdulillah dah dpt 2 pasang - (lupa jap sakit masa bersalin *sakit giler* - sbb dia le yg paling susah nk kuar.. tp yg pertama ngan kedua pun susah gak).  Niat di hati, pas nie bole le tutup kilang, dah x yah nk pikir2 pasal operasi lg...

Rambut mmg susah nk tumbuh... ade le sikit2, tu pun tegak berdiri (x bole nk bentuk langsung).  Tu yg bila panjang je, terus botak kan.. Senang cite, x payah nk sikat2.

Ini time menyakat abg dia (tu mmg hobi dia, pantang tgk org senang).


Ini time merajuk le nie.... Pantang kena tegur sikit, mengamuk sakan.  Tp klu tgk tarikh lahir dia, mmg pun x suka kena tegur/ kritik, pentingkan diri sendiri... asik nk menang je.

Ape2 pun, harap Adam menjadi anak yg soleh dan berjaya dlm hidup (dunia & akhirat). Amin...


Sampai jumpe lg. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghitung hari ....

Assalamualaikum...
dan Salam 1Malaysia....



Tengah menghitung hari (bkn nk kahwin tau) tp 29hb nie genaplah usia pernikahan kami yg ke 16 tahun

Rahsianya???  Mmmmm.... Biarlah rahsia ......

Tak sangka lak dah 16 tahun, anak2 pun dah besau2 (eh lupa, yg kecik pun ade gak)....


Sepanjang tempoh tu, mcm2 dugaan yg dtg.  Kata orang, sedangkan lidah lagi kan tergigit ini kan pula... suami isteri.  Tapi Alhamdulillah semua masalah dpt diselesaikan (selesai ker?).  Gaduh?? tu perkara biasa dlm setiap hubungan.. gaduh ala2 manja gitu.  Klu x gaduh hubungan akan jadik statik... xde yg menarik, xde graf turun naik... tegak jerk.  Kalau dah gaduh, mesti ada pujuk-memujuk - tu la part yg paling best sekali.  Tapi sesekali jer tau, klu selalu bukan gaduh namanya, dah perang lah plak.

Bile cite bab anniversary nie, tetiba terimbau lak kenangan 16 thn lampau... time2 camni le... dok menghitung hari (rasa cam lmbat nau majlis nk langsung).  

Tapi xpe, next entry baru citer, k.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalau nak berjaya ....

Assalamualaikum...


Tetiba je terpikir bile la nak kaya.


Kdg2 jeles gak tgk org kaya....
Dahlah kaya bertambah2 kaya lagik - kita nie bila le bole jadik cam diorang.
Aku bknnya nk kaya-raya smpi jadik jutawan, cukuplah sekadar hidup senang - bole besarkan dan bg pelajaran kat anak2 ngn sempurna, bole bayau utang so klu dah xde sok lusa, xde le nak nyusahkan anak2 settlekan utang tok kita (tu pun klu diorang bole tlg settlekan, klu x?).
Dan yg paling penting, bole tolong orang dgn kelebihan yg kita ade.


Klu setakat nk hrpkan gaji tiap2 bln mmg le x cukup.


Tetiba aku ternampak satu iklan 'Jom Buat Duit'... bole caye ke nie?
Lama aku simpan iklan tuh... Pikir punye pikir, x salah kan klu mencuba.
Pas aku g dengau taklimat tu, aku pun wat keputusan join le diorang.
Lagipun produk-produk diorang tlh terbukti keberkesannnya.


Untuk keterangan lanjut, sila layari : .http://uptrend.com.my/uptrend.aspx?name=per_care


Dulu2 bile dengau jek direct selling, mmg le fobia giler. Mmg x penah ade dlm list.
Tp taklimat tu mengubah persepsi aku. Lagipun nie bknnya direct selling atau MLM atau skim cepat kaya.


Kalau kita nak berjaya, kita kena ikut cara orang berjaya.


Sekian. Wassalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PMR oh PMR ...

As Salam ...

Fuh!! lega rasanya PMR dah abis...
Yang amik peksa Melly, apsal lak mak nye yg risau.
Ape2 pun, aku doakan Melly dpt 8A dlm PMR 2010... Amin. 
Aku tau mmg susah nk dpt 8A sbb aku dulu pun x dpt (hehehe.... ).


Cite pasal PMR nie, dulu time aku mana ada PMR... dulu SRP je.
Time nk peksa baru le sibuk nk baca buku, mana le sempat.
Tp x agak2 target nk bwh 10 sbb masa trial dpt 12. 
Last2 masa result kuar lari sume target ...

Result???  

Biarlah rahsia....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saje nk share

As Salam....

Saje nk share... petikan nie pun aku dpt kat internet.


FADHILAT DAN KHASIAT AL-FATIHAH
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."  Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.  Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
·        Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
·        Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
·        Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:  "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
·        Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:  "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu'"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
·        Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
·        Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
·        Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
·        Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
·       Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
·       Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:  "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
·        Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali: "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".


·         Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun) Sabda Nabi Muhammad s.a.w." "Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
·        Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
·       Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
·       Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:  "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
·         Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
·        Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS